COVID-19 : 659 kes baharu hari ini

0

Sebanyak 659 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan 658 kes tempatan dan satu kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 31,548 kes.

Jumlah pesakit discaj 1000 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj adalah sebanyak 21,248 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,051 orang manakala 83 pesakit berada di ICU dan 19 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiada kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kematian kekal dengan 249 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply