COVID-19 : 62 pulih, tiga kes baharu direkodkan hari ini

0

Tiga kes baharu COVID-19 direkodkan pada hari ini melibatkan satu kes import dan dua kes tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,643 kes.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 62 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,437 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 85 orang manakala pesakit yang berada di ICU seramai dua orang dan kedua-duanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 121 kes.

Status Terkini COVID-19 di Malaysia (2 Julai 2020)

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 2 July 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply