COVID-19 : 53 pulih, 48 kes baharu direkodkan

0

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia menunjukkan jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 48 orang pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 7,185 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 53 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 5,912 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 1,158 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 9 orang dan 5 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal kepada 115 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 23 Mei 2020

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan COVID-19 yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply