COVID-19 : 4,008 kes baharu, 11 kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan peningkatan dengan 4,008 kes baharu membabitkan 4,003 kes tempatan dan lima kes import.

Catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 169,379 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 2,374 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 127,662 kes (75.4%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 41,087 orang (24.3%) manakala 246 pesakit berada di ICU dan 96 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan 11 kematian hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 630 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar terus mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply