COVID-19 : 4 pulih, 7 masih terima rawatan

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan empat lagi pesakit yang telah pulih.

Dua kes merupakan pasangan suami isteri warganegara China bagi kes ke-7 dan ke-8 di Hospital Permai, Johor Bahru.

Manakala, dua lagi kes warga tempatan masing-masing kes ke-17, perempuan dan kes ke-18, lelaki yang dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Dengan itu, jumlah terkini kes yang telah sembuh dan discaj dari hospital ialah 15, manakala 7 lagi masih menerima rawatan di wad.

Ini menunjukkan pesakit positif COVID-19 di Malaysia mencatat tahap kesihatan semakin membaik saban hari.

Syabas kepada kakitangan KKM yang terlibat dalam menjayakan misi ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply