COVID-19 : 3,731 kes baharu, 15 kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 3,731 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 242,452 kes membabitkan 3,723 kes tempatan dan lapan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,369 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 190,339 kes (78.5%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 51,241 orang (21.1%) mankala 292 pesakit berada di ICU dan 140 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

15 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 872 kes (0.4%).Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply