COVID-19 : 3,680 kes baharu, tujuh kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan sebanyak 3,680 kes baharu membabitkan 3,674 kes tempatan manakala enam yang lain adalah kes import.

Catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 194,114 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 1,858 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 151,018 kes (77.8%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 42,389 orang (21.8%) manakala 314 pesakit berada di ICU dan 122 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tujuh kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 707 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply