COVID-19 : 3,346 kes baharu, 11 kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan sebanyak 3,346 kes baharu membabitkan 3,339 kes tempatan manakala tujuh yang lain adalah kes import.

Catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 183,801 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 4,427 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 141,446 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 41,677 orang (22.7%) manakala 265 pesakit berada di ICU dan 102 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

11 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 678 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply