COVID-19 : 33 pulih, 60 kes baharu

0

Jumlah COVID-19 di Malaysia dilaporkan sebanyak 60 kes positif dengan tujuh kes daripada kes import dan 53 kes membabitkan penularan tempatan hari ini.

Daripada 53 kes, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 27 darinya dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang.

Manakala jumlah kesembuhan hari ini kurang sekali ganda daripada jumlah kes baru iaitu sebanyak 33 orang.

Dengan ini jumlah kes yang masih aktif dalam negara daripada 1,158 semalam menjadi 1,185 kes dengan sembilan pesakit dirawat di ICU.

Sementara itu, jumlah kes kematian hari ini kekal dengan 115 kes.

Terkini #covid19malaysia, 24 MeiKes sembuh = 33Jumlah kes sembuh = 5,945Kes baharu positif = 60Jumlah positif =…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 24 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply