COVID-19 : 31 pulih, 37 kes baharu dan satu kematian direkodkan

0

Terkini status COVID-19 di Malaysia, daripada 37 kes baru dilaporkan dua dari jumlah terbabit adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 35 kes membabitkan penularan tempatan.

Daripada jumlah terbabit, 22 kes dikenalpasti melibatkan bukan warganegara Malaysia dan jumlah kesembuhan hari ini adalah 31 pesakit.

Jumlah kes aktif dalam negara sehingga hari ini semakin menurun dengan 1,218 kes dan jumlah kesembuhan serta discaj adalah seramai 5,646 orang.

Dalam pada itu, jumlah pesakit dirawat di ICU pula sebanyak 11 orang berserta enam pesakit memerlukan alat bantuan penafasan.

Dalam perkembangan lain, Malaysia catat satu kes kematian dengan jumlah kumulatif setakat ini menjadi 114 mangsa.

Terkini #covid19malaysia, 19 Mei Kes sembuh harian = 31Jumlah kes sembuh = 5,646Kes baharu positif = 37Jumlah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 19 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply