COVID-19 : 2,985 kes baharu, empat kematian hari ini

0

Laporan terkini hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,985 kes baharu membabitkan 2,983 kes tempatan dan dua kes import.

Catatan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif daam negara adalah sebanyak 144,518 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 994 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 111,578 kes (77.2%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 32,377 orang (22.4%) manakala 197 pesakit berada di ICU dan 79 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan empat kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 563 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply