COVID-19 : 281 pulih, 7 kes baharu

0

Perkembangan terkini COVID-19 pada hari ini (9 Jun), direkodkan penambahan tujuh kes baharu.

Enam daripada jumlah berkenaan merupakan kes import dan satu melibatkan bukan warganegara.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,336.

Manakala, pesakit discaj adalah seramai 281 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 6,975 (83.67%)

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 1,244 orang, enam di ICU dengan seorang mangsa memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kes kematian baharu hari ini dan jumlah kumulatif kematian kekal dengan 117 kes.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Terkini #covid19malaysia, 9 JunKes sembuh = 281Jumlah kes sembuh = 6,975(Kes baharu positif = 7Import = 6Kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 9 June 2020

Leave a Reply