COVID-19 : 25 kes baharu direkodkan hari ini

0

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan terdapat penambahan 25 kes baharu berkaitan COVID-19.

Pecahan kes baharu merekodkan 16 kes tempatan melibatkan enam negeri di Perlis (10), Perak (2) dan satu kes masing-masing di Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.

Manakala sembilan kes import di Selangor (2), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2), Sabah (4) dan Sarawak (1) yang telah pulang dari pelbagai negara.

PERINCIAN KES BAHARU (25 KES)PERLIS – 1010 kes jangkitan tempatan WN saringan kontak rapat kes PUI…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 07 Agustus 2020

Tiada kes kematian baharu direkodkan dan bilangan kes pulih daripada jangkitan wabak ini adalah seramai 15 orang.

Dengan ini secara keseluruhan jumlah pesakit yang masih dirawat dan positif adalah seramai 210 orang termasuk dua orang menerima rawatan di wad ICU.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply