COVID-19 : 2,468 kes baharu, 14 kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,468 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 288,229 kes. 2,464 merupakan kes tempatan manakala 4 yang lain adalah kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 4,055 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 256,678 kes (89.05%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 30,475 orang (10.58%). 196 pesakit berada di ICU dan 92 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

14 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,076 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply