COVID-19 : 2,364 kes baharu, 10 kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,364 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 298,315 kes membabitkan 2,363 kes tempatan dan satu kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 3,320 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 270,166 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 27,028 orang, manakala 190 pesakit berada di ICU dan 99 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

10 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,121 kes.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply