COVID-19 : 23 pulih, 16 kes baharu

0

16 kes baharu positif COVID-19 membabitkan empat kes import dan 12 kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,235 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 23 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,925 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 185 orang manakala tujuh orang berada di ICU dan tiga pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan direkodkan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 125 kes.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply