COVID-19 : 2,295 kes baharu, sembilan kematian direkodkan

0

Hari kedua tahun 2021 menyaksikan graf kes positif COVID-19 terus meningkat apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,295 kes baharu.

Sebanyak 2,286 merupakan kes tempatan manakala sembilan yang lain adalah kes import.

Dengan penambahan kes baharu ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 117,373 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 3,321 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 94,492 kes (80.5%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 22,398 orang (19.1%) manakala 125 pesakit berada di ICU dan 51 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan sembilan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 483 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply