COVID-19 : 222 pulih, 118 kes baharu dan tiga kematian direkodkan

0

Perkembangan terkini COVID-19 Malaysia pada 10 April 2020 menunjukkan jumlah kes positif pada hari ini sebanyak 118 orang, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,346 orang.

Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 222 orang dan menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,830.

Pesakit di ICU seramai 69 orang dan 40 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagi kes kematian baharu pada hari ini pula melibatkan tiga mangsa menjadikan kes keseluruhan kematian dalam negara setakat ini adalah 70 orang.

#Stayathome
#BreaktheChain
#COVID19Malaysia
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply