COVID-19 : 2,192 kes baharu, enam kematian direkodkan hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,192 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 285,761 kes.

Catatan baharu ini membabitkan 2,189 kes tempatan dan tiga kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 3,414 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 252,623 kes (88.40%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 32,076 orang (11.23%) manakala 199 pesakit berada di ICU dan 91 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Enam kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,062 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply