COVID-19 : 2,176 kes baharu, 10 kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,176 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 266,445 kes membabitkan 2,175 adalah kes tempatan manakala satu merupakan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 4,521 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 218, 335 kes (81.9%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 47,135 orang (17.7%) manakala 260 pesakit berada di ICU dan 112 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

10 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 975 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply