COVID-19 : 21 kes baharu direkodkan hari ini

0

21 kes baharu positif COVID-19 membabitkan lima kes import dan 16 kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 10,052 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 15 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 9,250 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu kes aktif adalah seramai 674 orang manakala 13 orang berada di ICU dan dua pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan direkodkan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 128 kes.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply