COVID-19 : 2,063 kes baharu, lima kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,063 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 307,943 kes.

Kes baharu hari ini membabitkan 2,054 kes tempatan dan sembilan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 2,922 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 283,629 kes (92.10%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 23,161 orang (7.52%) manakala 193 pesakit berada di ICU dan 99 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,153 kes (0.38%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply