COVID-19 : 2,018 kes baharu, satu kematian direkodkan

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,018 kes baharu positif COVID-19 membabitkan 2,011 merupakan kes tempatan manakala tujuh lagi adalah kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan positif di Malaysia adalah sebanyak 95,327 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,084 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 78,393 kes (82.2%)

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 16,496 orang (17.3%) manakala 109 pesakit berada di ICU dan 55 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan satu kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 438 kes (0.5%).

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply