COVID-19 : 20 pulih, dua kes baharu

0

Dua kes baharu COVID-19 direkodkan pada hari ini (30 Jun) melibatkan satu kes import dan satu kes tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,639 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 20 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,354 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 164 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai empat orang dan hanya satu kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 121 kes.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply