COVID-19 : 19 pulih, 11 kes baharu

0

11 kes positif COVID-19 mencatatkan lima kes import dan enam kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,094 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 19 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,803 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 166 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 1 orang dan sukacita dimaklumkan tiada individu direkodkan yang memerlukan bantuan alat pernafasan buat hari ini.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 125 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 10 Agustus 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply