Covid-19 : 17,786 kes baharu

0

Sebanyak 17,786 kes baharu dilaporkan hari ini, iaitu rekod tertinggi setakat ini.

Ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,113,272 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 6,400 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (1,962 kes), Kedah (1,389 kes), Johor (1,144 kes) dan Sabah (1,035 kes).

“Negeri Sembilan (929 kes), Terengganu (883 kes), Perak (775 kes), Pulau Pinang (713 kes), Melaka (697 kes), Pahang (653 kes), Kelantan (580 kes), Sarawak (485 kes) dan Putrajaya (116 kes).

“Selebihnya Perlis (16 kes) dan Labuan (sembilan kes),” katanya pada Facebook beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply