COVID-19 : 1,755 kes baharu, dua kematian direkodkan

0

Sebanyak 1755 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini melibatkan 1,752 kes tempatan dan tiga kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 38,189 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 726 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 26,380 kes (69.1%)

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,530 orang manakala 83 pesakit berada di ICU dan 32 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan dua kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 279 kes (0.7%).

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga penjarakan sosial dan mengelak dari bersentuhan antara satu sama lain.

Begitu juga penjagaan kebersihan diri. Ini adalah usaha untuk mengekang seterusnya memutuskan rantaian Covid 19.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply