Covid-19 : 17,150 kes baharu

0

Kes penularan Covid-19 di negara ini terus mencatat angka harian sebanyak 17,150 kes baharu hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semua negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat kes baharu.

Ia termasuk lima yang merekodkan angka harian empat digit.

Menurut statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Selangor masih mendahului dengan 6,326 jangkitan baharu.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045) dan Sabah (1,002).

Seterusnya, Negeri Sembilan (809), Pulau Pinang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (lima).

“Ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,130,422 kes,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply