COVID-19 : 17 pulih, 23 kes baharu

0

23 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini melibatkan enam kes import dan 17 kes tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,884 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 17 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,594 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 167 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 3 orang dan dua kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 123 kes.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply