COVID-19 : 1,680 kes baharu, tujuh kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,680 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 311,777 kes membabitkan 1,677 kes tempatan dan tiga kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 2,548 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 289,452 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 21,159 orang, manakala 172 pesakit berada di ICU dan 84 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tujuh kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,166 kes.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply