COVID-19 : 168 pulih, 134 kes baharu dan satu kematian dalam negara

0

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia pada 13 April 2020 menunjukkan jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 134 orang.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,817 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 168 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,276 kes.

Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 66 orang dan 36 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagi kes kematian baharu pada hari ini pula adalah sebanyak satu kes menjadikan keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 77 kes.

 

#StayAtHome

#BreaktheChain#

KitaMestiMenang

 

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply