COVID-19 : 166 pulih, 156 kes baharu dan dua kematian dalam negara

0

Berhubung perkembangan terkini COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham memberitahu 166 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini (8 April 2020).

Ini menjadikan kes kumulatif pulih dan discaj daripada wad adalah sejumlah 1,487.

Manakala 156 kes baharu telah direkodkan, menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 4,119 kes.

Kira-kira 76 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat dua kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini.

Jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara setakat ini adalah sebanyak 65 kes.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply