COVID-19 : 16 pulih, satu kes baharu direkodkan hari ini

0

Satu kes positif COVID-19 sahaja melibatkan kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,002 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 16 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,684 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 193 orang dan turut direkodkan tiada individu yang memerlukan alat bantuan alat pernafasan dan juga rawatan di ICU pada hari ini.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 125 kes.

Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 04 Agustus 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply