COVID-19 : 1,575 kes baharu, tiga kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,575 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 320,939 kes membabitkan 1,568 kes tempatan dan tujuh kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 2,042 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 302,662 kes (94.31%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 17,074 orang (5.32%) manakala 147 pesakit berada di ICU dan 67 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiga kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,203 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply