Covid-19 : 15,669 kes baharu, catat penurunan tiga hari berturut-turut

0

Sebanyak 15,669 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 16,073 kes semalam.

Angka penularan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan tiga hari berturut-turut.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di Twitter pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini sudah mencecah dua juta iaitu sejumlah 2,011,440 kes.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes harian iaitu sejumlah 2,632 kes, diikuti Sarawak (1,983), Johor (1,974), Sabah (1,784), Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).

Manakala Pahang dengan 763 kes baharu, Perak (856), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Melaka (329), Negeri Sembilan (143), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Labuan (3).–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply