COVID-19 : 1,529 kes baharu, lapan kematian direkodkan hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,529 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 314,989 kes membabitkan 1,520 kes tempatan dan sembilan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 2,076 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 294,034 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 19,778 orang, manakala 160 pesakit berada di ICU dan 79 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lapan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,177 kes.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply