COVID-19 : 1,384 kes baharu, 1,058 sembuh

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,384 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 335,540 kes membabitkan 1,375 kes tempatan dan sembilan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,058 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 319,842 kes (95.32%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,454 orang (4.31%) manakala 148 pesakit berada di ICU dan 62 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Enam kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,244 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply