COVID-19 : 1,335 kes baharu, dua kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,335 kes baharu membabitkan 1,332 kes tempatan dan tiga kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 72, 694 kes.

Jumlah pesakit discaj seramai 1,069 orang, menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 61,273.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,039 orang manakala 126 pesakit berada di ICU dan 57 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan dua kematian direkodkan hari ini dan jumlah kes kematian meningkat kepada 382 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply