COVID-19 : 13 pulih, enam kes baharu

0

Jumlah kes positif COVID-19 pada hari ini adalah seramai enam orang dan kesemuanya adalah kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,683 kes.

Jumlah pesakit discaj seramai 13 orang menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,499 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 63 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 2 orang dan satu kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 121 kes.

Status Terkini COVID-19 di Malaysia (9 Julai 2020)

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 9 July 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply