COVID-19 : 1,295 kes baharu, tujuh kematian hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,295 kes baharu positif COVID-19 melibatkan 1,285 kes tempatan dan 10 kes import.

Dengan jumlah kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah 87,913 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,052 orang dan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 72,733 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,751 orang manakala 113 pesakit berada di ICU dan 53 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tujuh kematian direkodkan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 429 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply