COVID-19 : 1,284 kes baharu, empat kematian direkodkan hari ini

0

Kes baharu positif COVID-19 kembali meningkat kepada empat angka hari ini.

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,290 kes positif melibatkan 1,284 kes tempatan dan lima kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 51,680 kes.

Jumlah pesakit discaj seramai 878 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj adalah 38,132 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 13,222 orang manakala 110 pesakit berada di ICU dan 37 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa empat kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 326 kes. Takziah buat ahli keluarga mangsa.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply