COVID-19 : 1,280 kes baharu, sembilan kematian direkodkan

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,280 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 316,259 kes membabitkan 1,278 kes tempatan dan dua kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 2,345 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 296,379 kes (93.71%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 18,704 orang (5.91%) manakala 155 pesakit berada di ICU dan 76 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sembilan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,186 kes (0.38%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply