COVID-19 : 1,275 kes baharu, 1,509 sembuh

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,275 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 339,443 kes membabitkan 1,243 kes tempatan dan 32 kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,509 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 323,925 kes (95.43%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,269 orang (4.20%) manakala 161 pesakit berada di ICU dan 70 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,249 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply