COVID-19 : 127 pulih, 14 kes baharu

0

Perkembangan terkini COVID-19 dalam negara, dilaporkan penambahan 14 kes baharu pada hari ini (18 Jun).

Tiga kes merupakan kes import manakala sebelas yang lain adalah penularan tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,529.

Manakala, pesakit discaj adalah seramai 127 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,000 (93.80%)

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 408 orang dimana empat orang dirawat di ICU.

Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kes kematian baharu hari ini dan jumlah kumulatif kematian kekal dengan 121 kes.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Terkini #covid19malaysia, 18 JunKes sembuh = 127Jumlah kes sembuh = 8,000Kes baharu positif = 14(Import = 3Kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 18 June 2020

Leave a Reply