COVID-19 : 1,268 kes baharu, 1,083 sembuh

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,268 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 336,808 kes.

Catatan baharu hari ini membabitkan 1,263 kes tempatan dan lima kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,083 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 320,925 kes (95.28%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,637 orang (4.35%) manakala 161 pesakit berada di ICU dan 73 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dua kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,246 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply