COVID-19 : 122 pulih, 208 kes baharu, 5 kematian

0

Berhubung perkembangan terkini COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham mengesahkan 122 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini (2 April 2020).

Ini menjadikan kes kumulatif pulih dan discaj daripada wad adalah sejumlah 767.

Manakala 208 kes baharu telah direkodkan, menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 3,116 kes.

Kira-kira 105 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat lima kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini.

Jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara setakat ini sebanyak 50 kes.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan di atas sumbangan berterusan dari pelbagai pihak dalam melengkapi keperluan petugas kesihatan, logistic dan pihak keselamatan.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noorhisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 02 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply