COVID-19 : 121 pulih, 109 kes baharu, dua kes kematian

0

Perkembangan terkini jumlah keseluruhan COVID-19 di Malaysia sebanyak 4,228 kes dengan penambahan 109 orang.

Pesakit di ICU pula seramai 72 orang dirawat dan 43 darinya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dengan penambahan dua kematian baharu hari ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kematian dalam negara 67 orang.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan 121 orang pesakit telah discaj keluar dari hospital.

Sehingga kini, seramai 1,608 pesakit telah pulih sepenuhnya.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 09 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply