COVID-19 : 119 pulih, 110 kes baharu dan satu kematian direkodkan.

0

Perkembangan terkini COVID-19 pada hari ini (16 April) dilaporkan 110 kes baharu dalam negara.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,182 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 119 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj iaitu 2,766 kes.

Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 56 orang dan 29 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagi kes kematian baharu pada hari ini pula melibatkan satu kes menjadikan keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 84 kes.

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 16 April 2020.Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,182 kes…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 16 April 2020

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply