COVID-19 : 1,139 kes baharu, 1,199 pulih dan 4 kematian

0

Susulan kes Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 1,139 kes baharu hari ini dan menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 354,468 kes.

Daripada jumlah itu, 1,126 merupakan kes tempatan manakala 13 yang lain adalah kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,199 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 339,067 kes (95.65%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,097 orang (3.98%).

194 pesakit berada di ICU dan 86 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita 4 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,304 kes (0.37%).Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157841669961237/

Leave a Reply