COVID-19 : 1,133 kes baharu, 1,148 sembuh

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan peningkatan kembali kepada empat angka hari ini.

KKM melaporkan 1,133 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 344,018 kes membabitkan 1,125 kes tempatan dan lapan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,148 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 328,554 kes (95.50%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,199 orang (4.13%) manakala 161 pesakit berada di ICU dan 76 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,265 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply